Arus Consultancy Sdn.
Bhd. ialah sebuah syarikat yang diperbadankan
di bawah Akta Syarikat, 1965 dengan tujuan utama mengendalikan
kursus dan latihan dalam bidang-bidang pembangunan sumber
manusia, pembangunan insan dan pembangunan masyarakat.
Ia juga terlibat dalam memberikan khidmat nasihat kepada
pertubuhan, agensi awam dan syarikat dalam rangka memperbaiki
dan meningkatkan mutu prestasi dan khidmat pihak-pihak
berkenaan, di samping menjalankan kajian, pemantauan serta
pengumpulan dan penyebaran maklumat bagi tujuan yang sama.
OBJEKTIF
- Memberikan pendedahan ilmu dan kemahiran yang diperlukan
peserta bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan kerja/khidmat
peserta serta organisasi mereka.
- Mencambahkan nilai-nilai, sikap dan semangat yang
positif untuk berjaya, maju dan mencapai kecemerlangan
dalam apa jua bidang penglibatan.
- Menggalakkan peserta meneliti, mengenal dan seterusnya
menggunakan potensi dan kekuatan diri mereka sendiri
di samping bijak memanfaatkan rangkaian (networking)
dan sumber-sumber sekeliling.
- Merangsang perasaan, inisiatif dan daya kreativiti
untuk menyumbang kepada kehidupan bermasyarakat, pembangunan
dan kesejahteraan negara-bangsa, serta ketamadunan manusia.
ORGANISASI SYARIKAT
PENGERUSI
Dr.AZIZAN BAHARI pernah bekerja dengan Majlis Belia Malaysia (1973-1981)
sebelum melanjutkan pelajaran di luar negeri (1980-an).
Selepas itu bekerja sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang (1989-1994). Pernah berkhidmat sebagai:-
- pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (1994-1996)
- pengarah pengajian Institut Pengajian Buruh dan Pengurusan (1997)
- selaku felo kanan
- Pengurus Projek dan Editor, Yayasan Salam Malaysia (1997-2004)
- Pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia.
Beliau terlibat selaku anggota panel perunding/jawatankuasa penasihat,
ahli dan felo dalam beberapa pertubuhan sukarela dan badan kerajaan
di peringkat kebangsaan dan serantau. Selain Pengerusi Arus Consult
Dr Azizan Beliau juga merupakan pengarah Qarya Sdn. Bhd.
PENGARAH EKSEKUTIF
RUSHDAN RUSMI ialah Pengarah Eksekutif syarikat. Beliau lulusan
Bachelor Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) daripada
Universiti Putra Malaysia (UPM). Memulakan kerjaya sebagai:-
- Eksekutif Pemasaran, Koperasi Penjaja Perlis Berhad (KOPEN)
pada tahun 1996 hingga 1998.
- sebagai Setiausaha Kerja, Persatuan Penjaja, Peniaga dan
Pengusaha Kecil Melayu Negeri Perlis (PPPKMPs)
pada tahun 1997 hingga 1998.
- Bekerja sebagai Pegawai Operasi,
Mina Chemical Industries, Perlis yang merupakan sebuah syarikat
yang terlibat dengan import-eksport bahan kimia ke Jepun,
Brunei dan Negara Timur Tengah pada tahun 1998 hingga 1999.
Menguruskan 4U-Tech Corporation Sdn. Bhd. yang menjadi antara pembekal utama
perkhidmatan, mesin dan alatan perubatan kepada beberapa
hospital swasta dan kerajaan serta syarikat konsesi hospital,
di Semenanjung Malaysia (2000-2007). Beliau juga menguruskan
Radiation Wave Technology yang terlibat dalam pengendalian
bahan-bahan radioaktif bagi perubatan (2004). Rushdan aktif
dalam beberapa persatuan dan badan sukarela di Malaysia.
PENGARAH KEWANGAN
MOHD SHAIFULIZA BIN AHMAD ahli professional dalam bidang
Kewangan (ACCA – Emile Woolf College, London). Beliau merupakan
lulusan Universiti of Brighton, United kingdom dengan Bachelor Degree (Hons)
dalam Perakaunan dan Kewangan dan juga lulusan Universiti Teknologi MARA,
Malaysia dengan Diploma Perakaunan. Beliau mempunyai pengalaman kerja
yang luas dalam bidang pengurusan dalam beberapa syarikat terkemuka
di Malaysia.
Beliau terlibat secara aktif selaku panel penasihat dan perunding
kewangan bagi beberapa syarikat korporat dan syarikat yang
terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana.
PENGARAH PROJEK
NAL AZRI NAWAWI adalah lulusan Bachelor Sains Sosial (Pembangunan Sosial
dan Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia.
Beliau pernah bekerja di beberapa badan NGO yang aktif
antaranya ialah Yayasan Salam Malaysia dan Persatuan Pencinta
Alam Malaysia serta beberapa syarikat perunding.
Beliau terlibat secara aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan
dan persatuan. Beliau juga merupakan Bendahari kepada bukuonline.org
PENGARAH PEMBANGUNAN ICT
NASRIL BIN BUSTAMI merupakan lulusan Bachelor Teknologi Maklumat (Kepujian) dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
dan juga lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah.
Beliau mempunyai pengalaman kerja yang luas bidang Teknologi Maklumat khususnya
’Web Portal Development’ dan
’Geography Information System’ (GIS).
Telah berkecimpung dunia ICT lebih dari 8 tahun.
Memulakan kerjaya sebagai GIS Eksekutif di firma MSO Associates,
Kemudian ditawarkan memegang jawatan sebagai Juruanalisa Sistem di Blen Communications. Semasa berkhidmat di syarikat tersebut,
beliau telah menggendalikan pelbagai projek ICT dengan Jabatan Perancangan Bandar & Desa (JPBD Semenanjung Malaysia),
SUK Negeri Selangor, MP Pulau Pinang dan banyak lagi. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus dalam
beberapa syarikat terkemuka di Malaysia.
>>Kembali ke atas